Followers

Wednesday, January 2, 2019

KHAZANAH YANG TERABAI | Manfaat Yang Disia-siakan : Pokok Dukong Anak

BACKYARD GARDEN
KHAZANAH YANG TERABAI
(Manfaat yang disia-siakan)

14/12/2018

Pokok Dukung Anak
 
Nama botaninya Phyllanthus Niruri dari keluarga Euphorbiaceae. Dikenali juga sebagai Buah Amin, Rami Buah, Turi Hutan, Nipon-nipon (Malaysia), Chanca Piedra (India) Meniran (Indonesia), Quebra Pedra (Amerika Selatan), Zhen Chu Cao (China) dan Child Pick-A-Back (Inggeris).


Benih-Bawah-Daun

Dikenali juga sebagai Pokok Benih-Bawah-Daun, kerana buahnya terdapat di bawah setiap tangkai daun.  Ia juga dapat merawat batu karang, kerana itu dinamakan  juga sebagai Pokok Permecah Batu atau Stone Breaker. 

TUMBUHAN LIAR

 Pangkal Pinang

Kawasan Berbatu

Dianggap sebagai tumbuhan liar yang non grata. Tumbuh di kawasan beriklim tropika saperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Negara China dan Amerika Selatan. Terdapat pelbagai jenis. Di Malaysia terdiri daripada jenis Phyllanthus Amarus, Phyllanthus Niruri, Phyllanthus Urinaria dan Phyllanthus Debilis.


Dalam Pasu

Celah Pandan

Celah Nenas

Mudah ditemui di kawasan terbiar, di tepi-tepi jalan, di tepi-tepi longkang dan dalam pasu bunga. Jadi tak perlu ditanam kerana ia tumbuh di mana-mana  sahaja, terutamanya di belakang rumah.


Renek Kecil

Dikenali sebagai tumbuhan renek yang kecil. Boleh mencapai 50-70 m tinggi. Sama ada tumbuh bersendirian dan berkelompok, ianya boleh ditemui di mana-mana ceruk. Tak kira bagaimana keadaan tanah dan cuaca.

KANDUNGAN DAUN

Majmuk Bipinat

Biji Benih

Ianya sejenis herba renek tahunan.  Daunnya berselang-seli dengan tangkainya yang bermajmuk bipinat.  Rasa daunnya agak pahit kerana kandungan phyllantin dan hydropphylantin. Selain itu, mengandungi bahan kimia sperti, phenolics, lignans dan xylans. Kandungan oksiden dikatakan dapat merawat penyakit Hepatitis B.

NILAI HERBA

Daun, buah dan akar memepunyai nilai perubatan.  Di India digunakan sebagai bahan perubatan Ayurvedic. Di China dan di Amerika Selatan digunakan untuk merawat penyakit hati, batu karang, malaria, asma, diuretic dan penambah selera. Ianya dimakan sama ada dalam bentuk kering, serbuk, jus atau ulam.
                    
Di Malaysia digunakan untuk merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis (penyakit Kuning) dan hepatitis B. Selain itu akarnya digunakan untuk penyakit kuning bayi yang baru lahir. Begitu juga buahnya untuk mengubati luka, kerensangan dan penyakit kulit seperti kurap.

Daunnya yang dilumat dan dicampur dengan sedikit garam boleh merawat kudis buta.  Jus daripada akar dan daunnya pula diminum untuk menguatkan ginjal. Untuk melegakan batuk bolehlah diminum air rebusan daripada daun yang muda.

Selain itu boleh merawat kecing manis, darah tinggi, gigitan serangga, gatal dan cirit birit. Boleh juga merawat batu karang sama ada batu buah pinggang ataupun batu hempedu

Satu kajian menunjukkan ekstrak Phyllanthus Niruri dapat melindungi organ badan terutamanya hati dan buah pinggang. Secara lansung ia dapat merawat batu karang dengan menghalang pembentukan hablur kalsium oksalat. 

PRUDUK TRADISIONAL

Rebusan Daun

Jus Campuran

Bedak Dukung Anak

Kapsul Dukung Anak

Niruri Ginkgo

Sebagai alternatif kepada ubat-ubatan moden, dihasilkan dalam bentuk daun kering, serbuk dan jus. Antaranya Herbal supplement dan ubat herba: Kapsul Niruri Ginkgo, Stone Breaker, Dukung Anak Powder, Dukung Anak 100 MG Capsule, Minuman Madu Dukung Anak, Uncang Grun dan PHL-Antus Madu Dukung Anak.