BACKYARD GARDEN
KHAZANAH YANG TERABAI
(Manfaat yang disia-siakan)
14/12/2018
Pokok Dukung Anak |
Nama botaninya Phyllanthus Niruri dari
keluarga Euphorbiaceae. Dikenali juga sebagai Buah Amin, Rami Buah, Turi Hutan,
Nipon-nipon (Malaysia), Chanca Piedra (India) Meniran (Indonesia), Quebra Pedra
(Amerika Selatan), Zhen Chu Cao (China) dan Child Pick-A-Back (Inggeris).
Benih-Bawah-Daun |
Dikenali juga sebagai Pokok Benih-Bawah-Daun, kerana buahnya terdapat di bawah setiap tangkai daun. Ia juga dapat merawat batu karang, kerana itu dinamakan juga sebagai Pokok Permecah Batu atau Stone
Breaker.
TUMBUHAN LIAR
Pangkal Pinang |
Kawasan Berbatu |
Dianggap sebagai tumbuhan liar yang non grata. Tumbuh
di kawasan beriklim tropika saperti Malaysia, Indonesia,
Thailand, Negara China dan Amerika Selatan. Terdapat pelbagai jenis. Di Malaysia
terdiri daripada jenis Phyllanthus Amarus, Phyllanthus Niruri, Phyllanthus
Urinaria dan Phyllanthus Debilis.
Dalam Pasu |
Celah Pandan |
Celah Nenas |
Mudah ditemui di kawasan terbiar, di
tepi-tepi jalan, di tepi-tepi longkang dan dalam pasu bunga. Jadi tak perlu
ditanam kerana ia tumbuh di mana-mana
sahaja, terutamanya di belakang rumah.
Dikenali sebagai tumbuhan renek yang kecil.
Boleh mencapai 50-70 m tinggi. Sama ada tumbuh bersendirian dan berkelompok, ianya boleh ditemui di
mana-mana ceruk. Tak kira bagaimana keadaan tanah dan cuaca.
KANDUNGAN DAUN
Ianya sejenis herba renek tahunan. Daunnya berselang-seli dengan tangkainya yang bermajmuk bipinat. Rasa daunnya agak pahit
kerana kandungan phyllantin dan hydropphylantin. Selain itu, mengandungi bahan kimia
sperti, phenolics, lignans dan xylans. Kandungan oksiden dikatakan dapat merawat penyakit
Hepatitis B.
NILAI HERBA
Daun, buah dan akar memepunyai nilai
perubatan. Di India digunakan sebagai
bahan perubatan Ayurvedic. Di China dan di Amerika Selatan digunakan untuk
merawat penyakit hati, batu karang, malaria, asma, diuretic dan penambah
selera. Ianya dimakan sama ada dalam bentuk kering, serbuk, jus atau ulam.
Di Malaysia digunakan untuk merawat penyakit
berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis (penyakit Kuning) dan
hepatitis B. Selain itu akarnya digunakan untuk penyakit
kuning bayi yang baru lahir. Begitu juga buahnya untuk mengubati luka, kerensangan dan penyakit
kulit seperti kurap.
Daunnya yang dilumat dan dicampur dengan
sedikit garam boleh merawat kudis buta. Jus daripada akar dan daunnya pula diminum untuk menguatkan ginjal. Untuk melegakan
batuk bolehlah diminum air rebusan daripada daun yang muda.
Selain itu boleh merawat kecing manis, darah
tinggi, gigitan serangga, gatal dan cirit birit. Boleh juga merawat batu karang
sama ada batu buah pinggang ataupun batu hempedu.
Satu kajian menunjukkan ekstrak Phyllanthus
Niruri dapat melindungi organ badan terutamanya hati dan buah pinggang. Secara lansung ia dapat merawat batu karang dengan menghalang pembentukan hablur kalsium oksalat.
PRUDUK TRADISIONAL
Rebusan Daun |
Jus Campuran |
Bedak Dukung Anak |
Kapsul Dukung Anak |
Niruri Ginkgo |
Sebagai alternatif kepada ubat-ubatan moden, dihasilkan dalam bentuk daun kering, serbuk dan jus. Antaranya Herbal supplement dan ubat herba: Kapsul
Niruri Ginkgo, Stone Breaker, Dukung Anak Powder, Dukung Anak 100 MG Capsule,
Minuman Madu Dukung Anak, Uncang Grun dan PHL-Antus Madu Dukung Anak.