Followers

Saturday, December 8, 2018

POHON BERTASBIH : 8 Disember 2016 | Tanam Pokok Kesom


BACKYARD GARDEN
(Green Green Plant Of Home)




4/12/2018
Pokok Kesom

Pokok Kesom atau nama botaninya Persicaria Minor adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Polygonaceae. Terdapat di negara yang beriklim Tropika. Dipercayai berasal dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Nama lain adalah Chinese Knotweed (English), Duo Mao Lio (China), Surudo Kudami (Jepun). Mungkin spesisi lain daripada Kesum Malaysia. Tumbuhan ini biasanya tumbuh liar di kawasan tanah lembab dan berair seperti di tepi kolam, tepi parit dan juga di kawasan keliling rumah kampung.

Bahan Masakan


Ia digunakan sebagai ulaman dan bahan perisa untuk masakan seperti Asam Pedas dan juga Laksa Penang. Daun kesum merupakan bahagian yang paling banyak digunakan terutamanya dalam masakan. Ia akan menghasilkan rasa masam lemak dan aroma yang cukup menyelerakan setelah dicampurkan dalam masakan..

Kandungan Daun

Kaya dengan beta kerotena, vitamin A dan C serta kandungan mineral seperti kalium dan fasforus. Selain aromanya yang dapat meransangkan selera, herba ini dapat mengurangkan bau hanyir ikan.

Dalam 100 g daun mengandungi: air 73.2 g, protein 2.8 g, lemak 0.7 g, karbohidrat 18.4 g, serat 2.8 g, kalsium 232 mg, karotena 7433 mg, vitamin A 1239 mg, vitamin B 10.15 mg, vitamin B2 0.21 mg, niasin 2.8 mg, vitamin C 125 mg.

Nilai Herba

Selain kaya dengan antioksidan dan memiliki sifat-sifat antimoirob. Daunnya menghasilkan minyak pati yang menganduni ‘aliphatic aldehyde’ yang mempunyai komponen kimia decanal dan dodecanal yang tinggi. Bahan kimia yang berpotensi untuk bahan perisa dan wangian.

Dalam alam perubatan herba kesom dipercayai dapat menguatkan daya ingatan, penglihatan dan mengharumkan tubuh. Sebagai ulam setiap kali makan, dapat mengekalkan stamina, kesihatan dan awet muda. Bgaimana terlalu kerap makan boleh menjadi kandungan asid oksalik menghalang penyerapan mineral ke dalan badan.

Masakan Daun Kesum








Daun kesom menjadi penting dalam masakan. Aroma semula jadinya menjadi bahan perisa masakan. Antara masakan yang popular adalah ikan asam pedas, ayam lemak cili padi, ikan patin tempoyak, ayam asam pedas, ikan sambal wangi dan gulai daging.

Cara Menanam








Mudah ditanam dan mudah tumbuh. Hanya kerat beberapa pucuk kesom, sepanjang 3 atau 4 inci.   Kemudian rendam hingga tumbuh akar. Lepas itu baru tanam dalam polibeg. Pastikan guna tanah baja untuk kesuburan. Letak di tempat yang agak redup. Seterusnya siram padi dan petang. That’s all.






Boleh juga ditanam secara Hidroponik. Malah lebih mudah gunakan botol plastic 1.5 liter yang terbuang. Kerat dua: yang bawah untuk di isi air campuran baja AB. Bahagian atas diisikan dengan sabut. Penutupnya ditebuk untuk dimasukkan reja tuala buruk yang mudah menyerap larutan baja. Selamat mencuba.

Pohon Bertasbih

“Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dialah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.” (Surah Al Isra, ayat 44)

No comments:

Post a Comment