BACKYARD GARDEN
(Green Green Plant Of Home)
4/12/2018
Pokok Kesom
Pokok Kesom atau nama
botaninya Persicaria Minor adalah sejenis
tumbuhan herba dari keluarga Polygonaceae. Terdapat
di negara yang beriklim Tropika. Dipercayai
berasal dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Nama lain
adalah Chinese Knotweed (English), Duo Mao Lio (China), Surudo Kudami (Jepun). Mungkin spesisi lain daripada Kesum Malaysia. Tumbuhan
ini biasanya tumbuh liar di kawasan tanah lembab dan berair seperti di tepi
kolam, tepi parit dan juga di kawasan keliling rumah kampung.
Bahan Masakan
Ia digunakan sebagai ulaman dan bahan perisa untuk masakan seperti Asam Pedas dan juga Laksa Penang. Daun kesum merupakan bahagian yang paling banyak digunakan terutamanya dalam masakan. Ia akan menghasilkan rasa masam lemak dan aroma yang cukup menyelerakan setelah dicampurkan dalam masakan..
Kandungan Daun
Kaya
dengan beta kerotena, vitamin
A dan C serta kandungan mineral seperti kalium dan fasforus. Selain
aromanya yang dapat meransangkan selera, herba ini dapat mengurangkan bau
hanyir ikan.
Dalam 100
g daun mengandungi: air 73.2 g, protein 2.8 g, lemak 0.7 g,
karbohidrat 18.4 g, serat
2.8 g, kalsium 232 mg, karotena 7433 mg, vitamin A
1239 mg, vitamin B 10.15 mg, vitamin B2 0.21 mg, niasin
2.8 mg, vitamin C 125 mg.
Nilai Herba
Selain
kaya dengan antioksidan dan memiliki
sifat-sifat antimoirob. Daunnya menghasilkan
minyak pati yang menganduni ‘aliphatic aldehyde’ yang
mempunyai komponen kimia decanal dan dodecanal yang tinggi. Bahan kimia yang berpotensi
untuk bahan perisa dan wangian.
Dalam
alam perubatan herba kesom dipercayai dapat menguatkan daya ingatan,
penglihatan dan mengharumkan tubuh. Sebagai ulam setiap kali makan, dapat
mengekalkan stamina, kesihatan dan awet muda. Bgaimana terlalu kerap makan
boleh menjadi kandungan asid oksalik menghalang
penyerapan mineral ke dalan badan.
Masakan Daun Kesum
Daun kesom menjadi
penting dalam masakan. Aroma semula jadinya menjadi bahan perisa masakan.
Antara masakan yang popular adalah ikan asam pedas,
ayam lemak cili padi, ikan
patin tempoyak, ayam asam pedas, ikan sambal wangi dan gulai
daging.
Cara Menanam
Mudah
ditanam dan mudah tumbuh. Hanya kerat beberapa pucuk kesom, sepanjang 3 atau 4
inci. Kemudian rendam hingga tumbuh
akar. Lepas itu baru tanam dalam polibeg. Pastikan guna tanah baja untuk
kesuburan. Letak di tempat yang agak redup. Seterusnya siram padi dan petang.
That’s all.
Boleh juga ditanam secara Hidroponik. Malah lebih mudah gunakan botol plastic 1.5 liter yang terbuang. Kerat dua: yang bawah untuk di isi air campuran baja AB. Bahagian atas diisikan dengan sabut. Penutupnya ditebuk untuk dimasukkan reja tuala buruk yang mudah menyerap larutan baja. Selamat mencuba.
Pohon Bertasbih
“Langit
yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih
kepada Allah. Dan tidak ada suatu pun
melainkan bertasbih memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dialah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.” (Surah Al Isra, ayat
44)
|
No comments:
Post a Comment