Followers

Wednesday, January 2, 2019

KHAZANAH YANG TERABAI | Manfaat Yang Disia-siakan : Pokok Dukong Anak

BACKYARD GARDEN
KHAZANAH YANG TERABAI
(Manfaat yang disia-siakan)

14/12/2018

Pokok Dukung Anak
 
Nama botaninya Phyllanthus Niruri dari keluarga Euphorbiaceae. Dikenali juga sebagai Buah Amin, Rami Buah, Turi Hutan, Nipon-nipon (Malaysia), Chanca Piedra (India) Meniran (Indonesia), Quebra Pedra (Amerika Selatan), Zhen Chu Cao (China) dan Child Pick-A-Back (Inggeris).


Benih-Bawah-Daun

Dikenali juga sebagai Pokok Benih-Bawah-Daun, kerana buahnya terdapat di bawah setiap tangkai daun.  Ia juga dapat merawat batu karang, kerana itu dinamakan  juga sebagai Pokok Permecah Batu atau Stone Breaker. 

TUMBUHAN LIAR

 Pangkal Pinang

Kawasan Berbatu

Dianggap sebagai tumbuhan liar yang non grata. Tumbuh di kawasan beriklim tropika saperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Negara China dan Amerika Selatan. Terdapat pelbagai jenis. Di Malaysia terdiri daripada jenis Phyllanthus Amarus, Phyllanthus Niruri, Phyllanthus Urinaria dan Phyllanthus Debilis.


Dalam Pasu

Celah Pandan

Celah Nenas

Mudah ditemui di kawasan terbiar, di tepi-tepi jalan, di tepi-tepi longkang dan dalam pasu bunga. Jadi tak perlu ditanam kerana ia tumbuh di mana-mana  sahaja, terutamanya di belakang rumah.


Renek Kecil

Dikenali sebagai tumbuhan renek yang kecil. Boleh mencapai 50-70 m tinggi. Sama ada tumbuh bersendirian dan berkelompok, ianya boleh ditemui di mana-mana ceruk. Tak kira bagaimana keadaan tanah dan cuaca.

KANDUNGAN DAUN

Majmuk Bipinat

Biji Benih

Ianya sejenis herba renek tahunan.  Daunnya berselang-seli dengan tangkainya yang bermajmuk bipinat.  Rasa daunnya agak pahit kerana kandungan phyllantin dan hydropphylantin. Selain itu, mengandungi bahan kimia sperti, phenolics, lignans dan xylans. Kandungan oksiden dikatakan dapat merawat penyakit Hepatitis B.

NILAI HERBA

Daun, buah dan akar memepunyai nilai perubatan.  Di India digunakan sebagai bahan perubatan Ayurvedic. Di China dan di Amerika Selatan digunakan untuk merawat penyakit hati, batu karang, malaria, asma, diuretic dan penambah selera. Ianya dimakan sama ada dalam bentuk kering, serbuk, jus atau ulam.
                    
Di Malaysia digunakan untuk merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis (penyakit Kuning) dan hepatitis B. Selain itu akarnya digunakan untuk penyakit kuning bayi yang baru lahir. Begitu juga buahnya untuk mengubati luka, kerensangan dan penyakit kulit seperti kurap.

Daunnya yang dilumat dan dicampur dengan sedikit garam boleh merawat kudis buta.  Jus daripada akar dan daunnya pula diminum untuk menguatkan ginjal. Untuk melegakan batuk bolehlah diminum air rebusan daripada daun yang muda.

Selain itu boleh merawat kecing manis, darah tinggi, gigitan serangga, gatal dan cirit birit. Boleh juga merawat batu karang sama ada batu buah pinggang ataupun batu hempedu

Satu kajian menunjukkan ekstrak Phyllanthus Niruri dapat melindungi organ badan terutamanya hati dan buah pinggang. Secara lansung ia dapat merawat batu karang dengan menghalang pembentukan hablur kalsium oksalat. 

PRUDUK TRADISIONAL

Rebusan Daun

Jus Campuran

Bedak Dukung Anak

Kapsul Dukung Anak

Niruri Ginkgo

Sebagai alternatif kepada ubat-ubatan moden, dihasilkan dalam bentuk daun kering, serbuk dan jus. Antaranya Herbal supplement dan ubat herba: Kapsul Niruri Ginkgo, Stone Breaker, Dukung Anak Powder, Dukung Anak 100 MG Capsule, Minuman Madu Dukung Anak, Uncang Grun dan PHL-Antus Madu Dukung Anak.

Saturday, December 8, 2018

POHON BERTASBIH : 8 Disember 2016 | Tanam Pokok Kesom


BACKYARD GARDEN
(Green Green Plant Of Home)




4/12/2018
Pokok Kesom

Pokok Kesom atau nama botaninya Persicaria Minor adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Polygonaceae. Terdapat di negara yang beriklim Tropika. Dipercayai berasal dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Nama lain adalah Chinese Knotweed (English), Duo Mao Lio (China), Surudo Kudami (Jepun). Mungkin spesisi lain daripada Kesum Malaysia. Tumbuhan ini biasanya tumbuh liar di kawasan tanah lembab dan berair seperti di tepi kolam, tepi parit dan juga di kawasan keliling rumah kampung.

Bahan Masakan


Ia digunakan sebagai ulaman dan bahan perisa untuk masakan seperti Asam Pedas dan juga Laksa Penang. Daun kesum merupakan bahagian yang paling banyak digunakan terutamanya dalam masakan. Ia akan menghasilkan rasa masam lemak dan aroma yang cukup menyelerakan setelah dicampurkan dalam masakan..

Kandungan Daun

Kaya dengan beta kerotena, vitamin A dan C serta kandungan mineral seperti kalium dan fasforus. Selain aromanya yang dapat meransangkan selera, herba ini dapat mengurangkan bau hanyir ikan.

Dalam 100 g daun mengandungi: air 73.2 g, protein 2.8 g, lemak 0.7 g, karbohidrat 18.4 g, serat 2.8 g, kalsium 232 mg, karotena 7433 mg, vitamin A 1239 mg, vitamin B 10.15 mg, vitamin B2 0.21 mg, niasin 2.8 mg, vitamin C 125 mg.

Nilai Herba

Selain kaya dengan antioksidan dan memiliki sifat-sifat antimoirob. Daunnya menghasilkan minyak pati yang menganduni ‘aliphatic aldehyde’ yang mempunyai komponen kimia decanal dan dodecanal yang tinggi. Bahan kimia yang berpotensi untuk bahan perisa dan wangian.

Dalam alam perubatan herba kesom dipercayai dapat menguatkan daya ingatan, penglihatan dan mengharumkan tubuh. Sebagai ulam setiap kali makan, dapat mengekalkan stamina, kesihatan dan awet muda. Bgaimana terlalu kerap makan boleh menjadi kandungan asid oksalik menghalang penyerapan mineral ke dalan badan.

Masakan Daun Kesum








Daun kesom menjadi penting dalam masakan. Aroma semula jadinya menjadi bahan perisa masakan. Antara masakan yang popular adalah ikan asam pedas, ayam lemak cili padi, ikan patin tempoyak, ayam asam pedas, ikan sambal wangi dan gulai daging.

Cara Menanam








Mudah ditanam dan mudah tumbuh. Hanya kerat beberapa pucuk kesom, sepanjang 3 atau 4 inci.   Kemudian rendam hingga tumbuh akar. Lepas itu baru tanam dalam polibeg. Pastikan guna tanah baja untuk kesuburan. Letak di tempat yang agak redup. Seterusnya siram padi dan petang. That’s all.






Boleh juga ditanam secara Hidroponik. Malah lebih mudah gunakan botol plastic 1.5 liter yang terbuang. Kerat dua: yang bawah untuk di isi air campuran baja AB. Bahagian atas diisikan dengan sabut. Penutupnya ditebuk untuk dimasukkan reja tuala buruk yang mudah menyerap larutan baja. Selamat mencuba.

Pohon Bertasbih

“Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dialah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.” (Surah Al Isra, ayat 44)

Friday, December 7, 2018

POHON BERTASBIH : 19 November 2018 | Tanam Pokok Selom

BACKYARD GARDEN
(Green Green Plant Of Home)


Ulam Selom
   
19/11/2018
Menanam Pokok Selom

Tuesday, November 20, 2018

POHON BERTASBIH : 19 November 2018 | Tanam Pokok Selom

BACKYARD GARDEN
(Green Green Plant Of Home)


Ulam Selom
  
19/11/2018
Menanam Pokok Selom

Pokok Selom, dikenali juga dengan nama botaninya “oenanthe javanica”. Dari perkataan Greek yang bermaksud “Jambak bunga”. Dikatakan berasal dari Asia Timur. Selom  adalah pokok akuatik. Namun boleh ditanam dalam polybag.


Persediaan

Keratan Selom

Sebelum menanam,   ada beberapa persediaan. Mula-mula sekali  baja peraman sisa sawit digaul dengan sabut larutan baja. Digaul sampai sebati dan menjadi sewarna. 5 polybag bersaiz 14x14 disediakan untuk diisi dengan tanah baja.

Rendan Batang

8.12 pagi, kerat pokok selom dari backyard corner. Lebih baik lagi kalau dah ada akar. 8.13 pagi, memilih beberapa batang yang agak besar. Kemudian mengerat, sekurang-kurangnya dua ruas atau stolon.  Di ruas inilah nanti akar dan pucuk selom tumbuh. 8.22 pagi, merendam  batang beruas di dalam air untuk menyegarkan kembali batang selom.


Keratan Batang

Tanaman Batang

8.36 pagi, agih sama banyak batang-batang yang hendak ditanam. 8.44 pagi, tanam dalam polybag. Kalau boleh iringi dengan surah dan lagu. Sesungguhnya pokok selom adalah hidupan yang mempunyai aura dan aroma. 

Mengikut Journal of Plant Molecular Biologies : Prof. William Brown mendakwa, tanaman menegluarkan suara-suara halus yang tidak mampu didengar oleh telinga. Akhirnya beliau mengaku kebenaran Al Quran dengan mengucap syahadahnya.


Prof William Brown

“Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dialah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.” Surah Al Isra : Ayat 44


Demikian tasbih pokok selom yang mempunyai kelebihannya: Mengadungi eta-karotena, vitamin E, asid askorbik dan  besi yang banyak. Riboflavin dan kalsium agak sederhana. Protein pula 1.1%. Malah daunnya yang kaya dengan klorifil mempunyai sifat antigenotosik dan antioksidan.


Lebih detil lagi kandungan 100 gram selom : 0.16 g protin, 0.4 g lemak, 91.6 g air, 4.4 g serat, 0.51 g vitamin A, 138 mg kalsium, 60.5 g vitamin C, 0.31 mg vitamin B dan 110 kj tenaga. Bijinya pula mengandungi 3.5% minyak selom.


Tempat Redup

Dari segi "medicinal herbs": Rebusan daunnya digunakan dalam rawatan jangkitan influenza, demam panas, penyakit kuning, haematuria dan metrorrhagia. Daunnya digosok ke dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Batangnya dikunyah dan ditelan untuk meredakan batuk. Daunnya pula diikunyah dengan halia liar dan garam abu tradisional sebagai penawar untuk keracunan


Pokok Selom

font-size: 13.0pt;